<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d4534105940553417910\x26blogName\x3daku+terima+kerana-Nya\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://nurmaselynanasuha.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://nurmaselynanasuha.blogspot.com/\x26vt\x3d-5357119846907440240', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday 4 January 2014

Bab 4


Love macam mana rasa petang nie??? Baik sikit tak?”soal Firdaus kepada ana yang baru sahaja terjaga dari tidur setelah menelan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor.

Alhamdulillah... rasa lega lah juga. Abang tak pergi kerja ker?”'soal ana setelah melihat jam di dinding menunjukkan angka 4 petang.

Tak. Abang dah call Daddy bagi tahu yang Love jatuh tangga. Malam nie diaorang datang sini. Nak melawat menantu kesayangan lah katakan,” ujar Firdaus sambil tersenyum manis kepada ana.

Mak aii... senyuman kalah madu. Haih... lama-lama anta senyum kat ana macam tu memang jawabnya lepas nie tak tidur malam lah ana. Hehehe...

Apa yang Love senyumkan tu? Macam lah jatuh tangga tu best sangat. Please Love... after this please behave yourself. Nasib baik Love jatuh tadi tak teruk. Kalau teruk apa Abang nak jawab dekat Umi dan Walid... hemmm???” soalnya dengan wajah yang sengaja di masamkan.

Abang, you look so cute bila buat macam tu,” Hehehe... cakap dalam hati boleh la, cuba cakap kuat-kuat. Sure tak berani punya. Kahkahkah...

Love, kalau Abang nak tanya Love sikit boleh tak?” Soal Firdaus dengan wajah yang sayu itu.

Ehh... Abang, Love ada buat salah ker??? Jangan lah buat muka macam tu!!!”ujar ana setelah melihat wajahnya yang masam mencuka itu.

Love rasa kahwin dengan Abang nie menyusahkan Love ker atau membuatkan Love terpaksa melupakan kekasih hati Love?” soal suami ana.

Tak. Bila pulak yang Love ada kekasih nie. Seingat-ingat Love lah kan... Love tak pernah ada kekasih. Suka kat lelaki tu pernah lah. Tapi dah lama lah jugak kes tu. Orangnya pun dah kahwin. Kenapa Abang tanya Love macam tu?” soal ana dengan wajah yang turut keruh setelah mendengar soalan Firdaus tadi.

Love biar betul? Tak kan lah tak ada langsung?” soal suamiku dengan wajah tidak percaya.

Kalau Abang tak percaya pergilah call Ain tu. She know all about me. I'm never lie or keep my secret. If you also want to know who that guys, I will tell you. Nothing that you have to worried about it. Why??? Are you not comfortable with this relationship? Do you have someone???” soal ana dengan nada yang agak sedih.

No. Abang tak derk. Haih... pandainya dia. Kita tanya dia lepas tu dia tanya kita balik,”balas Firdaus dengan senyuman meniti di bibirnya.

"Tak derk lah. Takut jugak Abang tanya Love macam tu sebab abang tengah mengalami benda yang sama ker?" Kata ana denga nada yang masih seperti tadi.

"Lagi pun Love tak nak jadi pengahalang kalau Abang ada kekasih. Love reda kalau itu hakikatnya."

"Love!! Sudah lah jangan kita nak bertengkar pasal perkara ini. Tak mendatangkan faedah pun."

Huh... anta yang start lepas tu anta cakap kat ana macam tu. Saja menyakitkan hati ana.


                                                                      ***

Mami dan daddy datang menjenguk ana malam ini. Waluapun ana masih lagi rasa sengal-sengal badan tapi ana gagahkan jugak untuk turun ke bawah. Rasa lain jer kalau orang datang ana duduk dalam bilik jer...

Ana perasan wajah dan kelakuan Firdaus agak berbeza dari biasa. Ana tahu dia masih marah dengan apa yang jadi petang tadi. Bukannya ana sengaja cakap macam tu tapi rasa ingin tahu tu tebal sangat lah. Kau jealous ker Nasuha... hemmm???

"Kak Nasuha, kenapa murung jer muka nie. Sakit lagi ker???" ujar Faryana setelah melihat wajah ana yang mendung itu.

"Tak adalah. Akak cuma rasa sengal badan sikit jer. Esok eloklah. Faryana datang sekali dengan mami dan daddy ker??" soal ana unutuk mengelak dari terus di soal.

"Hemm.. tukar tajuk nampak. Akak memang tak pandai menipu. Muka nampak innoncent jer..." ujar adik iparku ini.

"Lah kat sini rupanya. Love jom makan. Mami dah siap masak tu. Love kena makan sebab nanti nak makan ubat kan???" ujarnya dalam nada yang cuba dimanjakan. Bencilah macam nie.

Ana suka Firdaus yang caring and loving. Bukan yang buat-buat caring and loving nie. Abang... kenapa layan Love macam nie.. Besar sangat ker dosa Love sampai Abang terpaksa berlakon macam nie. Ana hanya mampu meluahkan perasaan ini di dalam hati sahaja.

Melihat wajahnya yang sudah menunjukkan kemarahan, ana terus masuk ke dalam tanpa sepatah kata pun. Malas ana nak buang masa dan tenaga cakap dengan orang yang tak sudi. Kalau ini pilihan Abang, Love terima dan ikut. Semoga Abang bahagia. Ujar ana dengan perasaan sayu yang menyelubungi diri.

"Nasuha, mami tengok dari tadi Nasuha senyap dan murung sahaja. Sakit lagi ke sayang? Apa-apa bagi tahu mami yer." Ujar mertua ana dengan raut wajah yang jelas kelihatan kerisauannya.

"Tak ada apa lah mami. Nasuha cuma penat sikit jer. Mungkin kesan jatuh tadi kot." Balas ana dengan wajah yang cuba di maniskan. Mami, anak mami marah kat nasuha. Nasuha...rin...

"Nasuha makanlah. Nanti nak makan ubatkan. Kalau sakit lagi menyusahkan diri sendiri dan orang lain," tegur Firdaus dengan suara sinisnya. 

Tersentak ana mendengar kata-katanya. Jelas sudah dia tidak suka ana menyusahkan dirinya. Abang...

"Firdaus, kenapa cakap macam tu. Isteri tengah sakit-sakit boleh pulak dia cakap macam tu. Sudah tu mari kita makan nasuha. Pedulikan dia" Arah mertua ana sambil meletakkan seketul ayam goreng di atas pinggan ana.

Setelah makan malam, Mami, Daddy dan Faryana berangkat pulang. Tinggallah Ana dan Firdaus sahaja. Firdaus pula tidak langsung menegur ana. Dia terus masuk ke dalam bilik tetamu yang ada disebelah bilik ana. Ya Allah dugaan apakah ini??? 









I AM GRUMPY.
20:23

Saturday 25 May 2013

Bab 3

“Assalamualaikum. Nasuha bangun lah!!! dah nak masuk pukul 6.30 pagi dah nie. Nasuha tak nak solat ker???” ana terdengar suara gemersik seorang lelaki. Terjerit ana melihat Firdaus yang hanya berkain sarung itu.

“bi...bila anta masuk bilik nie? Mana baju anta? Anta tido kat dalam bilik ana ker semalam?” Ana menyoalnyer bertubi-tubi.

“Hihihi... banyak nya soalan. Mana satu yang abang nak jawab nie? Lepas nasuha masuk semalam abang naik juga. Tapi tengok isteri abang nie tertidur atas sofa. Abang baru lepas mandi dan solat tadi. Cepat lah bangun. Waktu dah nak say 'bye nasuha,” Dia tersenyum melihat ana. Sambil itu, tangannya mengangkat tubuh ana agar duduk dari pembaringan. Alamak malunya... dia nie memang suka buat ikut hati dia je tau.

“Nasuha nak abang tolong mandikan ker? Dah lambat nie!!! karang tertinggal waktu pulak,” Dia mengingatkan ana tentang amalan harian ku itu.

Ana yang malas mahu bercakap ketika itu terus melulu masuk ke dalam tandas dengan membawa tuala, dan segala perkakas ana. Setelah selesai mandi ana terus mengemas katil ana seperti kebiasaanya. Dalam ana menjalankan kerja ku itu, ana dapat merasakan ada seseorang memerhatikan ana dengan pandangan yang tajam.

“Nasuha, abang nak tanya sikit boleh?” Firdaus memulakan mukadimah kami pada hari ini.

“Insyaallah. Tanya lah. Kalau mampu ana jawab kalau tak kita tanya orang lain lah,” Ana mejawab soalanya dengan wajah yang tenang. Firdaus menarik ana untuk duduk di atas sofa berona putih itu.

“Kenapa nasuha tak solat subuh. Memang lah boleh ganti tapi waktu kan masih ada lagi tadi?” sambil memyoal ana wajahnya kemerah-merahan menahan rasa marah.

“Kenapa abang tetiba je marah nie. Sorry lah abang. Ana bukan sengaja pun tak nak solat. Tapi Allah dah bagi rezeki nie nak buat macam mana?” Ana menyoalnya kembali dalam nada suara yang agak mengelirukan.

“Nasuha, perkara lain abang tak kisah. Tapi kalau soal solat, abang tak suka orang yang main-main , faham???” wajahnya jelas terpancar rasa marah yang amat.

Wahh.. bagus nya dapat suami yang ambil berat pasal solat nie. Ana hanya tersenyum melihat dirinya.

“Abang nie cuba bawa bersabar. Nasuha bukan tak nak solat tapi masalah nya allah bagi cuti seminggu pada nasuha. Nasuha kena lah ikut,” Ana masih berahsia dengannya.

Alamak... apalah nasib dapat suami yang slow pasal perempuan nie.

“Nasuha jangan main-main macam nie. Abang tak suka,” Dia masih buat muka macam tadi. Isyh ada juga yang kena sat lagi nie.

“Abang, pernah tak Mami, Faryana, Farhana dan Kak Farzana tak sembahyang dalam sebulan?” Ana menyoal dirinya. Tak kan lah ana nak cakap straight to the point. Malu kot....

“pernah. Kenapa tanya??? Nak tukar tajuk lah tu?” Dia kelihatan seperti memikirkan sesuatu sambil tersenyum pada ana.

“Hah... kenapa senyum tetiba jer nie?” Wat lawak lah pulak suami aku nie.

“Okey.... abang dah faham. Sorry lah sebab tak sensitive. Tapi semalam waktu isya' kan Nasuha sembahyang???”soalnya dengan senyuman yang mampu mencairkan diri ana.

“Owhhh... waktu mandi tadi baru perasan. Abang, ana nak minta izin nak turun bawah dulu ya?”ujar ana sambil berlalu untuk turun ke bawah.

“Nasuha. Kalau abang panggil love boleh?” soal Firdaus dengan senyumannya yang masih seperti tadi.

“Kenapa nak panggil dengan nama tu???” Alamak... rasa lain lah pulak kalau orang panggil ana macam tu. Ujar ana dalam hati.

“Abang nak bagi beza sikit dengan orang lain. Barulah nampak mesra,” balas nyer dengan penuh harapan.

“Emmm... boleh kut. Tapi bila kita berdua jer. Kalau ada orang lain panggil nama biasalah,”ujar ana dengan senyuman. Ana semakin selesa dengan dirinya.

“Kalau macam tu Nasuha kena bahasa kan diri love juga lah dengan Abang. Mesra sikit bunyi nyer. Ehehehee...” comelnyer muka dia bila ketawa. Ahhh sudah. Pahal pulak ana nie. Dah suka kat dia ker pun???

Ana hanya tersenyum padanya sebagai tanda mengizinkan. Lalu terus membuka pintu bilik ana nie.

***

Seminggu sudah ana bergelar isteri kepada Tengku Firdaus Iskandar. Kehidupan ana semakin hari semakin berubah. Kalau dulu nak keluar ikut suka hati jer, tapi sekarang nie nak keluar bilik pun kena minta izin. Macam nie memang leceh tau. Mengenangkan jannah firdaus milik Allah ana jadi tak kisah dengan semua perubahan nie. Hehehe....

Dalam masa seminggu nie ana cuma dapat kenal dia sekejap jer. Yer lah dia kan bussinessman. Bussinessman nie kan memang sibuk jer memanjang. Ana pulak baru jer tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Memang lah boring duduk dekat rumah sorang-sorang. Umi dan Walid pulak dah berangkat ke Abu Dhabi tiga hari lepas sebab Walid perlu pantau projek mega syarikat kami di sana. Huhh... memang lah boring duduk rumah nie.

Sejenak ana masih meratapi rasa sedih nie leh pulak ada orang potong line. Dah tak jadi nak meratapi lebih-lebih. Hehehe... hobi ana dah sampai guys. Nie sapa lah yang telefon waktu-waktu macam nie.

“Assalamualaikum love. Love tengah buat apa tu??? hari nie masak apa?”soal si pemanggil telefon.

Masyaallah, macam mana ana boleh terlupa nak masak nie. Tu lah pasal, mengelamun lagi. Umi pun selalu marah ana sebab hobi yang terlampau extrem nie. Hahaha...

“Waalaikumsalam. Abang, sorry yer. Hari nie Nasuha..eh..love tak masak lah. Terleka sangat sampai waktu makan pun dah lupa. Abang kat mana tu?”soal ana sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Lah ya ker... Abang dah ada depan pintu pagar dah nie. Kalau macam tu love siap kita makan kat luar jer lah. Boleh?”soal Firdaus.

Ana apa lagi meloncat lah. Dalam meloncat boleh pulak tak sedar yang ana sebenarnya ada atas tangga pemisah ruang makan dengan ruang tamu. Apalagi gedebushh...jatuh macam nangka daa...

“Aduh... Ya Allah sakitnya,” Mak aii sakit betul punggung ana nie. Rasa sengal dia memang semacam. Aduh..Ya Allah tolong lah hambaMu ini.

“Love...kenapa tu??? Kenapa love tiba-tiba menjerit pulak nie?” soalnya dengan nada yang sangat risau.

Ana hanya dapat mendengar suaranya tapi tidak dapat membalas. Firdaus pula semakin risau apabila ana tidak membalas panggilannya.

Sejurus itu ana mendengar bunyi orang membuka pintu utama. Mak aii... bukak pintu macam nak roboh dah pintu tu. Kut yer pun risau janganlah sampai pintu pun dia rempuh jugak. Mamat nie kelam kabut betul lah.

“Love... macam mana boleh jatuh pulak nie??? Ya Allah lengan pun luka juga nie. Apa yang love tengah buat tadi sampai boleh terjatuh nie?”Masya Allah dia nie lah kan. Cuba tanya soalan tu jangan bagi semua serentak. Boleh pengsan aku macam nie tahu tak. Dah lah kepala memang pening.

“Love kan abang tengah tanya nie. Kenapa tak jawab?” Soalnya lagi setelah lama menunggu jawapan dari ana.

Macam mana ana nak jawab kalau dah kepala nie berpusing macam kipas helikopter jer. Amboi perumpamaan helikopter ana bedal. Hahaha... hentam sajalah labu. Umi tolong Nasuha. Menantu umi nie bukan nya nak tolong angkat tapi membebel pulak. Kalah umi kalau dia nie membebel tau...

Sebaik sahaja ana habis bermonolog dengan diri sendiri boleh pulak dia terus cempung badan ana yang bukannya ringan. Alamak malu lah pulak. Macam nie ana nak pengsan terus lagi bagus kut. Hehehe...

“Abang, nak pergi mana nie? Turunkan love lah. Tak selesa lah macam nie. Turunkan balik!!!” usul ana.

Mana tak nya dia selamba duk jer bawak ana naik kereta. Dah lah ana tak pakai tudung dan stoking. Ini memang mengundang dosa betul lah. Adoi... pengsan ana dapat laki yang kelam kabut macam nie.

“Love tunggu kat sini sekejap. Abang ambil tudung dan stoking love kejap.”katanya sambil membetulkan rambut ana yang agak serabut.

“Abang ambil dekat atas bangku meja makan dekat dapur yer. Nas..eh.. love letak kat situ tadi,” beritahu ana kepadanya.

Suami ana itu terus sahaja berlalu ke dalam rumah semula. Sementara itu ana kenalah cover rambut dengan surat khabar yang ada kat dalam kereta Firdaus. Nasib lah dia ingat lagi yang ana tak pakai tudung. Hehehe...

I AM GRUMPY.
09:41

Wednesday 10 April 2013

Bab2



 “Kau nak kahwin Firdaus? Biar betul? Kau yakin ker perempuan tu baik? Soal sahabat baik Firdaus, Megat Syafiq Naufal.

“Aku yakin. Insyaallah semuanya baik saja,”balas Firdaus dengan yakin.

“Aku bukan nak jadi batu api tapi kalau kau tak percaya cuba kau pandang perempuan yang ada dalam restaurant tu. Bukan dia Nur Fatimah Nasuha ker??? soal sahabatnya lagi.

Firdaus memalingkan wajahnya melihat perempuan yang dikatakan sahabat karibnya itu. Memang benarlah wanita tersebut ialah Nur Fatimah Nasuha. Firdaus yang tidak mengetahui perkara sebenar terus beredar dari situ. Dia tidak mampu lagi berdiri disitu. Perkara ini perlu diselesaikan segera.

Iskandar terus bergerak pulang tanpa menyiasat perkara sebenarnya. Apa yang berada dalam otaknya kini hanya ingin membatalkan majlis perkahwinannya yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.


Setibanya di rumah, Firdaus terus mencari maminya, Puan Sri Saffiyyah.

“Mami, Firdaus nak batalkan majlis pernikahan kami”terang Firdaus dengan wajah yang sangat tegang.

Bagi pendapat dirinya untuk apa berkahwin dengan wanita yang berpura-pura alim sedangkan hakikatnya berhati hitam dan busuk.

“Apa? Nak batalkan? Firdaus majlis kamu tu esok tahu tak!!! Kenapa kamu nak batalkan pulak? Kamu nak malukan mami dan daddy ker, Firdaus???" marah Puan Sri Saffiyyah.

Firdaus yang mula rasa bersalah tidak dapat meluahkan kata-kata. Apakah yang patut dilakukannya. Bernikah dengan wanita yang tidak jujur di belakangnya ataupun menjaga hati mami yang sudah menangis teresak-esak.

Mami, Firdaus belum bersedia nak memegang tanggungjawab yang berat nie. Tolonglah faham perasaan Firdaus mami.

"Firdaus, kamu fikirlah dulu. Majlis kamu malam esok, kalau betul kamu tak mampu mami tak paksa. Tapi tolong fikirkan perkara nie betul-betul. Mami naik dulu," Puan Sri Saffiyah terus bangun dan berlalu ke bilik tidurnya.

Ya allah apa aku nak buat nie. Apa yang terbaik untuk aku? Mampukah aku bahagia dengan wanita bernama Nur Fatimah Nasuha???

                                                                        
             
                                                                             * * *

"Aku terima nikahnya Nur Fatimah Nasuha Binti Ahmad Farhan dengan mas kahwinnya seribu seringgit tunai" terpateri sebuah ikatan suci antara dua insan yang tidak saling mengenali.

Kini sah lah ana sebagai isteri kepada lelaki yang tidak ana kenali hati budinya. Tengku Firdaus Iskandar semoga ante adalah imam terbaik buat ana. Amin... ujar Nasuha di dalam hati sambil merenung wajah suaminya itu.

Hari itu mereka berdua tidak banyak berbicara kerana melayan tetamu yang masih penuh di rumah banglo milik Tuan Haji Ahmad Farhan dan Puan Hajah Zulaikha. Kedua-dua mempelai ini seperti melarikan diri antara satu sama lain.

"Nasuha, mana suami kamu? Kenapa tak ajak dia minum sekali?" Walid menyoal ana dengan soalan yang mampu menghentikan pernafasan ana yang sememangnya tidak stabil itu.

"Nasuha tak tahu walid Firdaus kat mana!!! balas ana dengn wajah serba salah.

"Nasuha, mana boleh panggil suami dengan nama dia jer. Tak baik tahu. Kena lah panggil suami tu dengan panggilan manja. Kalau macam tu bila nak mesranya," tambah umi.

Aduh umi nie ada ker cakap macam tu. Malu lah ana macam nie.

"Alah mak cik, mula-mula tu memang lah malu nanti dah lama-lama eloklah dema tu." Nur ain umairah menyakat ana.

 Dia nie kalau dapat menyakat tak ingat orang langsung. Dalam masa yang sama Firdaus menghampiri kami semua. Aku yang tidak perasan kehadiranya terus sahaja menyangkal kata-kata Ain.

"Ain, janganlah cakap macam tu. Malu lah ana. Ante nie pun nak menyakat tu tengok lah masanya," ana menjuihkan bibir ana yang dihiasi nipis pemerah bibir. Sesuatu yang tidak ana sukai tapi terpaksa memakainya demi hari bersejarah ini.

"Ante nie, ana cuma nak berlawak jer lah. Janganlah tunjukkan bibir ante yang comel tu. Suami ante tu dari tadi lagi perhatikan ante tau," balas ain dengan ketawa.

Semua yang ada disitu turut ketawa melihat ana yang kelam kabut setelah Ain menuturkan kata—katanya itu.

Alamak malunya. Mana nak letak muka nie??? Larilah, tapi nak bagi alasan apa erk???

"Tak pelah ante bersembang dengan keluarga ana sekejap. Ana nak minta diri nak solat isyak sekejap"

"Nak larilah tu. Yelah... hati-hati jalan yer Puan Nur Fatimah Nasuha"

Setelah selesai menuturkan kata-katanya Ain ketawa dan diikuti dengan keluarga ana.

"Nasuha, errr saya nak solat sekali yer???" sebaik sahaja ana mendaki anak tangga pertama, Firdaus pula berkata-kata. Aduh macam mana nie??? tak kan nak kata tak boleh kot. Mahu ana kena lagi karang nie.

"Ehh... ana tak kisah. Jemputla," ana menghadiahkan senyuman manis untuk nya. Lalu ana terus mendaki anak tangga banglo milik walid dan umi itu. Tetapi ana dapat mendengar bunyi gelak ketawa keluarga ana yang masih belum berhenti. Malas betul ana nak layan semua nie.

Terkejut ana melihat Firdaus yang duduk di birai katil. Alamak macam mana boleh lupa yang ana dah kahwin nie. Nasib ana tak menjerit kalau tak kena juga ana nanti dengan Ain.

"Astagfirullahalazim.... Anta terkejutkan ana jer . Bila masuk?" Ana mula bertanya padanya untuk menutup rasa malu dan gelisah dalam diri.

"Ohh... err Abang baru jer masuk tadi waktu Nasuha dalam bilik air. Baru lepas mandi ker???

Persoalannya sedikit sebanyak menyedarkan keadaan ana yang tidak sempura itu. Terus sahaja ana mengambil pakaian ana disebelah duduknya dan berlalu ke dalam bilik air semula.

"Kenapa nasuha pakai baju dalam tandas? Anybody else here? I think it just both of us!!!" Firdaus mula menyatakan sesuatu yang mampu membuatkan ana berkurung dalam tandas nie sampai esok pagi.

"Ya I know. Tapi ana tak biasalah pakai baju depan lelaki," bersama perasaan yang menguasai diri ana menyatakan apa sebenarnya yang ana rasa.

"Memanglah mula-mula nie Nasuha tak biasa. Tapi Nasuha kena lah biasa kan diri mulai hari nie. Perlahan-lahan membuat perubahan. Boleh??"

"Insyaallah... ana akan cuba. Ana nak pakai baju sekejap"

"Tak pe. Nasuha pakai dalam bilik nie jer. Abang nak mandi kejap. Boleh Abang pinjam tuala?"

"Ehhh... sekejap ana ambil yang lagi satu. Anta tunggu sekejap yer???" ana membuka pintu almari kayu milik ana itu. Dalam masa yang sama Firdaus menghampiri diri ana.

"Nasuha, mulai sekarang tak boleh panggil anta ker Firdaus ker tapi kena panggil Abang. Kan umi dan mami cakap macam tu tadi" nasihatnya.

Memerah wajah ana setelah dia cakap macam tu. Aduh malunya. Macam mana nak panggil nie?

"Kena panggil macam tu ker ? Kalau panggil nama tak boleh ker?

"Boleh tu memang lah boleh. Tapi tak manis didengar orang. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun memamggil isteri-isterinya dengan panggilan manja. Kita kenalah ikut sunnah baginda kan???"

"Ehmmm... dah lah pergi mandi. Ana dah sejuk nie!!!" ana mengalih pandangannya yang asyik menatap tubuh ana.

Sejurus itu, Firdaus melangkah ke dalam tandas. Hahhh... lega sikit hati ana. Setelah beberapa ketika dia melangkah keluar dari tandas. Mak aii... tak malu ker mamat nie. ehehhh... mamat nie jangan lar tengok orang macam tu. Ada juga orang yang kena silat ngan ana lepas ke luar kang. Ana bermonolog dalam diri.

"Nasuha ada cakap apa-apa ker? Abang macam dengar suara orang bercakap"

Hah... camne dia leh tahu ana tengah cakap pasal dia nie. Tapi suara ana tadi tak keluar pun!!!

"ehh... mana ada ana cakap apa-apa. Anta salah dengar nie!!!" ana membela diri. Jangan lah dia tahu ana kutuk dia tadi. Astaghfirullah... pasal apa ana mengutuk suami sendiri nie...

"Abang lah, bukan anta. Kan tadi Abang dah cakap," Dia membetulkan panggilanku tadi.

"owhhh... sorry okey... ana nak sembahyang dulu" ujar ana untuk mengelat dari terus menatap wajahnya.

"Kita berjemaah yer. Mulai hari nie kalau kita ada masa kita berjemaah tau. Abang nak rumah tangga yang terbina atas keluarga nie mendapat rahmat dari-Nya. Jangan jadikan cara kita kahwin sebagai alasan untuk kita tidak hidup bahagia. Boleh Nur Fatimah Nasuha???" dia menyoal ana sambil tangannya kuat mengenggam jari jemari ana.

Ya allah, KAU jadikanlah rumah tangga ana bahagia seperti yang kami inginkan. Aminnn...

"Insyaallah... ana akan cuba untuk memberikan komitmen dalam perkahwinan nie. Cuma ana nak minta anta.. ehh sorry... Abang bagi ana masa yer??? ana membalas pegangan tangannya walaupun dalam hati macam nak meletup jer dah. Yerlah aku bukan pernah pegang tangan lelaki ajnabi nie.. Nervous I tau.

"Thank you. Allah dah batallah pulak wudhu Abang ngan Nasuha nie. Dah kena ambil balik.. hehehehe..."dia ketawa berdekah-dekah mengingatkan keterlanjuran kami.

"Tak apa. Tak luak pun bil air rumah walid nie kalau Abang ambil wudhu sekali lagi," ana pula tersenyum-senyum apabila melihat wajahnya yang kemerahan menahan malu. Macam anak dara pulak mamat nie. Hihihi....



                                                                               ***
'Ain, mana cik abang ante? Dah balik ker?" Ana menyoal Ain setelah selesai solat isyak.

"Aikk... dah ada cik abang sendiri pun nak cari cik abang ana juga ker??? Ain menyoal ana sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk.

Isyhhh... minah nie mesti ada jer benda nak kena kan ana tau. Ada juga yang kena karang nie. Si Firdaus nie pulak yang join Ain senyum nie pasal per lak. Haih... nampaknya semua orang nak kena kan ana nampak. Tak per... ada ubi ada bas siap Ain nanti ana balas. Hahaha... suka hati ana jer tukar peribahasa. Nasib baik Cikgu Jamilah tak dengar apa yang ana cakap nie. Kalau tak mati lah. Hahaha... 9 tahun dah tu tinggalkan sekolah.

Zaman yang sangat best dalam hidup ana. Saat yang akan sentiasa terpahat di hati ana. Eheh... pasal apa yang ana overacting lak nie. Hehehe... hobi ana dah datang dah... mengenang tak kena waktu. Ain dah tengok ana macam apa jer dah. Habis lah mesti kena nyer kang nie.

"Puan Nasuha... cik abang depan mata pun nak berangan lagi ker???" kan ana dah cakap ada jer benda nak kena kan ana nie...

"ana ker ante yang menung sekarang nie... ana teringat zaman kita sekolah dulu lah. Best kan waktu dolu-dolu???" ana tersenyum melihat wajah Ain yang nampak sangat dah ingat waktu dia budak nakal dulu.

Tapi kan seingat ana antara ana ngan Ain, ana lagi nakal. Sekarang nie perangai dah tukar pulak. Ana yang malu-malu, Ain yang nakal sangat. Tiba-tiba ana terdengar bunyi guruh. Menjerit ana di buatnya. Oleh kerana terkejut terus ana memeluk walid di sebelah ana. Sekejap... kenapa bau badan walid lain pulak nie. Ana mula tak sedap hati dan hati ana kuat mengatakan ana memeluk orang lain bukan walid.

"Amboiii... kut yer pun takut jangan lah buat aksi tu kat sini. Sabar lah Nasuha!!!" Ain dan keluarga ana gelak terbahak-bahak termasuk lah orang yang ana tengah peluk nie.

"Ain... ante nie memang kannn..." ana terus berlari naik ke tingkat atas meninggalkan semua yang ada di ruang tamu itu. Nasib baiklah yang tinggal cuma walid, umi, mami, daddy, Ain, Abang Syafiq dan suami ana yang “terchinta” tu. Malas nak layan. Lagipun ana tahu hari nie diaorang semua tidur kat sini.


I AM GRUMPY.
05:36

Saturday 26 January 2013

♥ Bab 1




Bab 1



Apa!!! Kahwin.... tapi umi nasuha tak kenal dia. Macam mana nak kahwin???”

“Nasuha janganlah risau!!! Umi dan walid pasti dia dapat bimbing Nasuha!!!” umi cuba untuk meyakinkan diri ana untuk menerima pilihannya.

Ya Allah, dugaan apakah ini? Mampukah ana menghadapinya??? Macam mana nak kahwin dengan orang yang ana tak kenal nie??? Bantulah hamba-Mu yang lemah ini, Ya Rabb.

“Nasuha, umi dan walid tahu ini agak berat untuk Nasuha tapi umur Nasuha dah masuk 26 tahun. Bila lagi umi dan walid nak menimang cucunya??? Nasuha seorang sahaja anak umi dan walid. Fikirkanlah cadangan kami nie Nasuha...” nada suara umi kedengaran seperti orang yang terlalu berharap. Ana perlu buat sesuatu agar tiada hati yang terluka.

“Baiklah, umi. Nasuha minta masa seminggu untuk fikirkan pasal perkara nie. Nanti Nasuha akan beritahu pada umi yer...” akhirnya ana membuat keputusan untuk berfikir dahulu. Semoga ana mendapat petunjuk dari-Nya.

Setelah itu, ana terus berlalu ke tingkat atas untuk menenangkan fikiran ana. Kepala ana tidak dapat berfikir dengan baik lalu ana menghubungi sahabat karib ana, Nur Ain Umairah.

“Assalamualaikum Ain...” ana memulakan perbicaraan kami pada hari itu.

“Waalaikumusalam Nasuha. Kaifahaluki ya Nasuha??? Ain menjawab salam ana dengan nada yang sangat ceria.

“Ana bilkhair... cuma ana ada satu perkara nak beritahu ante!!!” ujar ana dengan suara yang sangat sayu. Perasaan yang menyelubungi diri membuatkan ana berasa sangat sedih.

“Perkara apa yang ante nak bagi tahu ana? Ante nak kahwin ker?” Ain menyoal dengan tekaan yang tepat sekali.

Terkejut ana mendengar tekaan Ain yang sememangnya tepat mengenai sasarannya. Aduh... nampak sangat sahabat ana ini sangat memahami diri ini.

“Hemmm... nampaknya ana memang tak boleh nak sorok apa-apa pun dari ante kan???
Macam mana ante boleh tahu pulak??? Umi telefon ain ker tadi???

“Ya sayang. Umi ante minta tolong Ain pujuk Nasuha, tapi ana tak kan buat macam itu. Biar ante cari jawapannya sendiri. Buat solat sunat istikharah Nasuha. Insyaallah semuanya selamat,” Ain yang mula gelisah dengan perubahan diri ana mula ketawa.

“Ain, kenapa ketawa? Ana tengah gelisah memikirkan perkara ini,”soal ana seakan marah pada nya.

“Apa yang ante nak risaukan? Mestilah umi dan walid ante sudah carikan seorang yang mampu menjaga anak kesayangan mereka nie... insyaallah mesti ante akan bahagia juga nanti”ujar Ain sambil ketawa.

Aduh, Ain nie memang sengaja bagi ana malu tau. Macam mana lah hidup ana nanti lepas kahwin... Ahhhh... macam mana nie...

“Tak pe lah Ain. Nasuha nak solat sekejap. Moga dapat tenangkan diri nie. Assalamualaikum...” ana mengakhiri perbualan kami untuk mengelakkan Ain bercakap sesuatu yang ana tak suka dengar.

“Mohonlah kepada-Nya, Nasuha. Insyaallah semuanya selamat. Waalaikumsalam...”

* * *

“Mami biar betul??? Tak kan lah Firdaus nak kahwin dengan perempuan yang Firdaus tak kenal?” Terkejut sungguh Firdaus apabila maminya mengutarakan soal perkahwinan.

“Siapa kata Firdaus tak kenal??? Firdaus tak kenal ker Nur Fatimah Nasuha anak Tuan Haji Ahmad? Alah anak mak cik Zulaikha tu??? Puan Sri Saffiyyah meyakinkan anak bujangnya itu.

“Hah, mami pinangkan Nasuha untuk Firdaus!!! Biar betul??? Nasuha terima ker mami?” terkejut Firdaus apabila nama wanita pujaannya itu di utarakan.

“Alhamdulillah, sebab Nasuha dah terimalah mami bagi tahu kamu nie. Minggu depan kamu bertunang, sebulan lepas tu kamu nikah. Majlis perkahwinan kamu mami dengan bakal mertua kamu cadang nak buat lepas mereka balik dari Mekah nanti. Macam mana kamu setuju ker??? soal Puan Sri Saffiyyah.

“Alamak mami nie cepat betul. Macam mana nak buat preperation??? Kahwin nie sekali seumur hidup mami. Mami yakin ker dia ikhlas terima pinangan mami nie? Soal Firdaus dengan rasa was-was yang bersarang dalam diri.

“Yer la. Mami yakin sebab bakal mertua kamu cakap Nasuha asyik tersenyum jer waktu bagi tahu yang dia setuju. Kamu tak suka ker Firdaus??? duga Puan Sri Saffiyyah.

Aduh nak jawab apa nie. Karang kalau cakap suka macam nampak sangat aku suka kat Nasuha tu. Tapi kalau tak cakap kemungkinan besar mami boleh cancel majlis tu. Aduh macam mana nak buat nie?

“Hemm, Firdaus tak payah lah kamu nak fikir lama sangat. Kalau kamu nak tahu mami pinangkan Nasuha tu bukan sebab mami jer yang berkenankan dia , tapi mami tahu kamu memang ada hati pada dia kan??? Jangan tipu firdaus, mami yang lahirkan kamu. Mami tahu lah perangai kamu macam mana.”

Muka Firdaus yang sememang nyer putih kemerahan tersebut menjadi semakin merah apabila rahsianya terbongkar. Hehehe... malu lah pulak. Mami nie tahu jer aku suka kat dia.

“Tak per lah mami. Mami buat aje lah apa yang terbaik untuk Firdaus. Insyaallah Firdaus akan cuba laksanakan amanah Allah nie,” balas Firdaus kepada Puan Sri Saffiyyah.

Puan Sri Tengku Saffiyah Rohaya tersenyum melihat kenakalan anak teruna tunggalnya itu. Dia mempunyai empat orang anak. Anak yang sulung Tengku Intan Farzana, kedua Tengku Firdaus Iskandar, ketiga Tengku Intan Farhana dan adik kembarnya, Tengku Intan Faryana.

Kesemua anak perempuannya telah pun mendirikan rumah tangga cuma anak terunanya sahaja yang masih membujang. Jika bukan kerana dia terjumpa diara Firdaus pasti dia tidak tahu. Akhirnya anak terunanya itu akan berkahwin juga.

“Sudahlah. Kamu pergi siap. Malam nie kamu ikut mami pergi tempah baju nikah kamu nanti. Bukannya lama sangat sebulan lagi. Pejam celik, pejam celik dah sampai pun waktunya,” tersenyum Firdaus mendengar kata-kata maminya itu.  

I AM GRUMPY.
20:34

Tuesday 8 January 2013

♥ kejadian hamba-Nya


I AM GRUMPY.
02:24

Monday 7 January 2013

♥ permulaan

kisah antara mereka terbit kerana-Nya... kerana takut diri digelar anak derhaka mereka sanggup menerima jodoh yang dipilih oleh ibu bapa. cinta datang setelah masing-masing berjanji untuk mencuba... kebahagiaan menjadi milik mereka... tetapi dugaan datang menguji cinta mereka kerana firmaNya " demi sesungguhnya! kami akan menguji kamu dengan sesuatu; perasaan takut, kekurangan harta, jiwa dan hasil tanaman". kerana salah faham perkahwinan mereka di nodai fitnah. masihkah ada cinta di antara mereka??? masihkah ada ruang untuk nur fatimah nasuha mengembalikan kepercayaan dan cinta tengku firdaus iskandar??? nantikan cerita penuhnya nanti... assalamualaikum...

I AM GRUMPY.
05:58

Sunday 6 January 2013

♥ apa yg patut ana tulis erkk???

apa lah perkara yg ana leh tulis kat sini erk???
peninglah... klu ada suggestion sila lah tinggalkan komen..
sekian... assalamualaikum

I AM GRUMPY.
02:14


♥ The Real Of Me ;



      Setiap insan mempunyai keunikan, hanya mereka yang melihat dari sudut indahnya keunikan itu mengenali diriku

      Maselyna Rahman

      19 years old

      Diploma in Islamic Early Childhood Education

      International Islamic College student's


♥ Thank you

♥ Past rawr-ing