<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4534105940553417910?origin\x3dhttp://nurmaselynanasuha.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, 10 April 2013

Bab2



 “Kau nak kahwin Firdaus? Biar betul? Kau yakin ker perempuan tu baik? Soal sahabat baik Firdaus, Megat Syafiq Naufal.

“Aku yakin. Insyaallah semuanya baik saja,”balas Firdaus dengan yakin.

“Aku bukan nak jadi batu api tapi kalau kau tak percaya cuba kau pandang perempuan yang ada dalam restaurant tu. Bukan dia Nur Fatimah Nasuha ker??? soal sahabatnya lagi.

Firdaus memalingkan wajahnya melihat perempuan yang dikatakan sahabat karibnya itu. Memang benarlah wanita tersebut ialah Nur Fatimah Nasuha. Firdaus yang tidak mengetahui perkara sebenar terus beredar dari situ. Dia tidak mampu lagi berdiri disitu. Perkara ini perlu diselesaikan segera.

Iskandar terus bergerak pulang tanpa menyiasat perkara sebenarnya. Apa yang berada dalam otaknya kini hanya ingin membatalkan majlis perkahwinannya yang tinggal beberapa jam sahaja lagi.


Setibanya di rumah, Firdaus terus mencari maminya, Puan Sri Saffiyyah.

“Mami, Firdaus nak batalkan majlis pernikahan kami”terang Firdaus dengan wajah yang sangat tegang.

Bagi pendapat dirinya untuk apa berkahwin dengan wanita yang berpura-pura alim sedangkan hakikatnya berhati hitam dan busuk.

“Apa? Nak batalkan? Firdaus majlis kamu tu esok tahu tak!!! Kenapa kamu nak batalkan pulak? Kamu nak malukan mami dan daddy ker, Firdaus???" marah Puan Sri Saffiyyah.

Firdaus yang mula rasa bersalah tidak dapat meluahkan kata-kata. Apakah yang patut dilakukannya. Bernikah dengan wanita yang tidak jujur di belakangnya ataupun menjaga hati mami yang sudah menangis teresak-esak.

Mami, Firdaus belum bersedia nak memegang tanggungjawab yang berat nie. Tolonglah faham perasaan Firdaus mami.

"Firdaus, kamu fikirlah dulu. Majlis kamu malam esok, kalau betul kamu tak mampu mami tak paksa. Tapi tolong fikirkan perkara nie betul-betul. Mami naik dulu," Puan Sri Saffiyah terus bangun dan berlalu ke bilik tidurnya.

Ya allah apa aku nak buat nie. Apa yang terbaik untuk aku? Mampukah aku bahagia dengan wanita bernama Nur Fatimah Nasuha???

                                                                        
             
                                                                             * * *

"Aku terima nikahnya Nur Fatimah Nasuha Binti Ahmad Farhan dengan mas kahwinnya seribu seringgit tunai" terpateri sebuah ikatan suci antara dua insan yang tidak saling mengenali.

Kini sah lah ana sebagai isteri kepada lelaki yang tidak ana kenali hati budinya. Tengku Firdaus Iskandar semoga ante adalah imam terbaik buat ana. Amin... ujar Nasuha di dalam hati sambil merenung wajah suaminya itu.

Hari itu mereka berdua tidak banyak berbicara kerana melayan tetamu yang masih penuh di rumah banglo milik Tuan Haji Ahmad Farhan dan Puan Hajah Zulaikha. Kedua-dua mempelai ini seperti melarikan diri antara satu sama lain.

"Nasuha, mana suami kamu? Kenapa tak ajak dia minum sekali?" Walid menyoal ana dengan soalan yang mampu menghentikan pernafasan ana yang sememangnya tidak stabil itu.

"Nasuha tak tahu walid Firdaus kat mana!!! balas ana dengn wajah serba salah.

"Nasuha, mana boleh panggil suami dengan nama dia jer. Tak baik tahu. Kena lah panggil suami tu dengan panggilan manja. Kalau macam tu bila nak mesranya," tambah umi.

Aduh umi nie ada ker cakap macam tu. Malu lah ana macam nie.

"Alah mak cik, mula-mula tu memang lah malu nanti dah lama-lama eloklah dema tu." Nur ain umairah menyakat ana.

 Dia nie kalau dapat menyakat tak ingat orang langsung. Dalam masa yang sama Firdaus menghampiri kami semua. Aku yang tidak perasan kehadiranya terus sahaja menyangkal kata-kata Ain.

"Ain, janganlah cakap macam tu. Malu lah ana. Ante nie pun nak menyakat tu tengok lah masanya," ana menjuihkan bibir ana yang dihiasi nipis pemerah bibir. Sesuatu yang tidak ana sukai tapi terpaksa memakainya demi hari bersejarah ini.

"Ante nie, ana cuma nak berlawak jer lah. Janganlah tunjukkan bibir ante yang comel tu. Suami ante tu dari tadi lagi perhatikan ante tau," balas ain dengan ketawa.

Semua yang ada disitu turut ketawa melihat ana yang kelam kabut setelah Ain menuturkan kata—katanya itu.

Alamak malunya. Mana nak letak muka nie??? Larilah, tapi nak bagi alasan apa erk???

"Tak pelah ante bersembang dengan keluarga ana sekejap. Ana nak minta diri nak solat isyak sekejap"

"Nak larilah tu. Yelah... hati-hati jalan yer Puan Nur Fatimah Nasuha"

Setelah selesai menuturkan kata-katanya Ain ketawa dan diikuti dengan keluarga ana.

"Nasuha, errr saya nak solat sekali yer???" sebaik sahaja ana mendaki anak tangga pertama, Firdaus pula berkata-kata. Aduh macam mana nie??? tak kan nak kata tak boleh kot. Mahu ana kena lagi karang nie.

"Ehh... ana tak kisah. Jemputla," ana menghadiahkan senyuman manis untuk nya. Lalu ana terus mendaki anak tangga banglo milik walid dan umi itu. Tetapi ana dapat mendengar bunyi gelak ketawa keluarga ana yang masih belum berhenti. Malas betul ana nak layan semua nie.

Terkejut ana melihat Firdaus yang duduk di birai katil. Alamak macam mana boleh lupa yang ana dah kahwin nie. Nasib ana tak menjerit kalau tak kena juga ana nanti dengan Ain.

"Astagfirullahalazim.... Anta terkejutkan ana jer . Bila masuk?" Ana mula bertanya padanya untuk menutup rasa malu dan gelisah dalam diri.

"Ohh... err Abang baru jer masuk tadi waktu Nasuha dalam bilik air. Baru lepas mandi ker???

Persoalannya sedikit sebanyak menyedarkan keadaan ana yang tidak sempura itu. Terus sahaja ana mengambil pakaian ana disebelah duduknya dan berlalu ke dalam bilik air semula.

"Kenapa nasuha pakai baju dalam tandas? Anybody else here? I think it just both of us!!!" Firdaus mula menyatakan sesuatu yang mampu membuatkan ana berkurung dalam tandas nie sampai esok pagi.

"Ya I know. Tapi ana tak biasalah pakai baju depan lelaki," bersama perasaan yang menguasai diri ana menyatakan apa sebenarnya yang ana rasa.

"Memanglah mula-mula nie Nasuha tak biasa. Tapi Nasuha kena lah biasa kan diri mulai hari nie. Perlahan-lahan membuat perubahan. Boleh??"

"Insyaallah... ana akan cuba. Ana nak pakai baju sekejap"

"Tak pe. Nasuha pakai dalam bilik nie jer. Abang nak mandi kejap. Boleh Abang pinjam tuala?"

"Ehhh... sekejap ana ambil yang lagi satu. Anta tunggu sekejap yer???" ana membuka pintu almari kayu milik ana itu. Dalam masa yang sama Firdaus menghampiri diri ana.

"Nasuha, mulai sekarang tak boleh panggil anta ker Firdaus ker tapi kena panggil Abang. Kan umi dan mami cakap macam tu tadi" nasihatnya.

Memerah wajah ana setelah dia cakap macam tu. Aduh malunya. Macam mana nak panggil nie?

"Kena panggil macam tu ker ? Kalau panggil nama tak boleh ker?

"Boleh tu memang lah boleh. Tapi tak manis didengar orang. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun memamggil isteri-isterinya dengan panggilan manja. Kita kenalah ikut sunnah baginda kan???"

"Ehmmm... dah lah pergi mandi. Ana dah sejuk nie!!!" ana mengalih pandangannya yang asyik menatap tubuh ana.

Sejurus itu, Firdaus melangkah ke dalam tandas. Hahhh... lega sikit hati ana. Setelah beberapa ketika dia melangkah keluar dari tandas. Mak aii... tak malu ker mamat nie. ehehhh... mamat nie jangan lar tengok orang macam tu. Ada juga orang yang kena silat ngan ana lepas ke luar kang. Ana bermonolog dalam diri.

"Nasuha ada cakap apa-apa ker? Abang macam dengar suara orang bercakap"

Hah... camne dia leh tahu ana tengah cakap pasal dia nie. Tapi suara ana tadi tak keluar pun!!!

"ehh... mana ada ana cakap apa-apa. Anta salah dengar nie!!!" ana membela diri. Jangan lah dia tahu ana kutuk dia tadi. Astaghfirullah... pasal apa ana mengutuk suami sendiri nie...

"Abang lah, bukan anta. Kan tadi Abang dah cakap," Dia membetulkan panggilanku tadi.

"owhhh... sorry okey... ana nak sembahyang dulu" ujar ana untuk mengelat dari terus menatap wajahnya.

"Kita berjemaah yer. Mulai hari nie kalau kita ada masa kita berjemaah tau. Abang nak rumah tangga yang terbina atas keluarga nie mendapat rahmat dari-Nya. Jangan jadikan cara kita kahwin sebagai alasan untuk kita tidak hidup bahagia. Boleh Nur Fatimah Nasuha???" dia menyoal ana sambil tangannya kuat mengenggam jari jemari ana.

Ya allah, KAU jadikanlah rumah tangga ana bahagia seperti yang kami inginkan. Aminnn...

"Insyaallah... ana akan cuba untuk memberikan komitmen dalam perkahwinan nie. Cuma ana nak minta anta.. ehh sorry... Abang bagi ana masa yer??? ana membalas pegangan tangannya walaupun dalam hati macam nak meletup jer dah. Yerlah aku bukan pernah pegang tangan lelaki ajnabi nie.. Nervous I tau.

"Thank you. Allah dah batallah pulak wudhu Abang ngan Nasuha nie. Dah kena ambil balik.. hehehehe..."dia ketawa berdekah-dekah mengingatkan keterlanjuran kami.

"Tak apa. Tak luak pun bil air rumah walid nie kalau Abang ambil wudhu sekali lagi," ana pula tersenyum-senyum apabila melihat wajahnya yang kemerahan menahan malu. Macam anak dara pulak mamat nie. Hihihi....



                                                                               ***
'Ain, mana cik abang ante? Dah balik ker?" Ana menyoal Ain setelah selesai solat isyak.

"Aikk... dah ada cik abang sendiri pun nak cari cik abang ana juga ker??? Ain menyoal ana sambil tersenyum-senyum macam kerang busuk.

Isyhhh... minah nie mesti ada jer benda nak kena kan ana tau. Ada juga yang kena karang nie. Si Firdaus nie pulak yang join Ain senyum nie pasal per lak. Haih... nampaknya semua orang nak kena kan ana nampak. Tak per... ada ubi ada bas siap Ain nanti ana balas. Hahaha... suka hati ana jer tukar peribahasa. Nasib baik Cikgu Jamilah tak dengar apa yang ana cakap nie. Kalau tak mati lah. Hahaha... 9 tahun dah tu tinggalkan sekolah.

Zaman yang sangat best dalam hidup ana. Saat yang akan sentiasa terpahat di hati ana. Eheh... pasal apa yang ana overacting lak nie. Hehehe... hobi ana dah datang dah... mengenang tak kena waktu. Ain dah tengok ana macam apa jer dah. Habis lah mesti kena nyer kang nie.

"Puan Nasuha... cik abang depan mata pun nak berangan lagi ker???" kan ana dah cakap ada jer benda nak kena kan ana nie...

"ana ker ante yang menung sekarang nie... ana teringat zaman kita sekolah dulu lah. Best kan waktu dolu-dolu???" ana tersenyum melihat wajah Ain yang nampak sangat dah ingat waktu dia budak nakal dulu.

Tapi kan seingat ana antara ana ngan Ain, ana lagi nakal. Sekarang nie perangai dah tukar pulak. Ana yang malu-malu, Ain yang nakal sangat. Tiba-tiba ana terdengar bunyi guruh. Menjerit ana di buatnya. Oleh kerana terkejut terus ana memeluk walid di sebelah ana. Sekejap... kenapa bau badan walid lain pulak nie. Ana mula tak sedap hati dan hati ana kuat mengatakan ana memeluk orang lain bukan walid.

"Amboiii... kut yer pun takut jangan lah buat aksi tu kat sini. Sabar lah Nasuha!!!" Ain dan keluarga ana gelak terbahak-bahak termasuk lah orang yang ana tengah peluk nie.

"Ain... ante nie memang kannn..." ana terus berlari naik ke tingkat atas meninggalkan semua yang ada di ruang tamu itu. Nasib baiklah yang tinggal cuma walid, umi, mami, daddy, Ain, Abang Syafiq dan suami ana yang “terchinta” tu. Malas nak layan. Lagipun ana tahu hari nie diaorang semua tidur kat sini.


I AM GRUMPY.
05:36


♥ The Real Of Me ;



      Setiap insan mempunyai keunikan, hanya mereka yang melihat dari sudut indahnya keunikan itu mengenali diriku

      Maselyna Rahman

      19 years old

      Diploma in Islamic Early Childhood Education

      International Islamic College student's


♥ Thank you

♥ Past rawr-ing