<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/4534105940553417910?origin\x3dhttp://nurmaselynanasuha.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Saturday, 25 May 2013

Bab 3

“Assalamualaikum. Nasuha bangun lah!!! dah nak masuk pukul 6.30 pagi dah nie. Nasuha tak nak solat ker???” ana terdengar suara gemersik seorang lelaki. Terjerit ana melihat Firdaus yang hanya berkain sarung itu.

“bi...bila anta masuk bilik nie? Mana baju anta? Anta tido kat dalam bilik ana ker semalam?” Ana menyoalnyer bertubi-tubi.

“Hihihi... banyak nya soalan. Mana satu yang abang nak jawab nie? Lepas nasuha masuk semalam abang naik juga. Tapi tengok isteri abang nie tertidur atas sofa. Abang baru lepas mandi dan solat tadi. Cepat lah bangun. Waktu dah nak say 'bye nasuha,” Dia tersenyum melihat ana. Sambil itu, tangannya mengangkat tubuh ana agar duduk dari pembaringan. Alamak malunya... dia nie memang suka buat ikut hati dia je tau.

“Nasuha nak abang tolong mandikan ker? Dah lambat nie!!! karang tertinggal waktu pulak,” Dia mengingatkan ana tentang amalan harian ku itu.

Ana yang malas mahu bercakap ketika itu terus melulu masuk ke dalam tandas dengan membawa tuala, dan segala perkakas ana. Setelah selesai mandi ana terus mengemas katil ana seperti kebiasaanya. Dalam ana menjalankan kerja ku itu, ana dapat merasakan ada seseorang memerhatikan ana dengan pandangan yang tajam.

“Nasuha, abang nak tanya sikit boleh?” Firdaus memulakan mukadimah kami pada hari ini.

“Insyaallah. Tanya lah. Kalau mampu ana jawab kalau tak kita tanya orang lain lah,” Ana mejawab soalanya dengan wajah yang tenang. Firdaus menarik ana untuk duduk di atas sofa berona putih itu.

“Kenapa nasuha tak solat subuh. Memang lah boleh ganti tapi waktu kan masih ada lagi tadi?” sambil memyoal ana wajahnya kemerah-merahan menahan rasa marah.

“Kenapa abang tetiba je marah nie. Sorry lah abang. Ana bukan sengaja pun tak nak solat. Tapi Allah dah bagi rezeki nie nak buat macam mana?” Ana menyoalnya kembali dalam nada suara yang agak mengelirukan.

“Nasuha, perkara lain abang tak kisah. Tapi kalau soal solat, abang tak suka orang yang main-main , faham???” wajahnya jelas terpancar rasa marah yang amat.

Wahh.. bagus nya dapat suami yang ambil berat pasal solat nie. Ana hanya tersenyum melihat dirinya.

“Abang nie cuba bawa bersabar. Nasuha bukan tak nak solat tapi masalah nya allah bagi cuti seminggu pada nasuha. Nasuha kena lah ikut,” Ana masih berahsia dengannya.

Alamak... apalah nasib dapat suami yang slow pasal perempuan nie.

“Nasuha jangan main-main macam nie. Abang tak suka,” Dia masih buat muka macam tadi. Isyh ada juga yang kena sat lagi nie.

“Abang, pernah tak Mami, Faryana, Farhana dan Kak Farzana tak sembahyang dalam sebulan?” Ana menyoal dirinya. Tak kan lah ana nak cakap straight to the point. Malu kot....

“pernah. Kenapa tanya??? Nak tukar tajuk lah tu?” Dia kelihatan seperti memikirkan sesuatu sambil tersenyum pada ana.

“Hah... kenapa senyum tetiba jer nie?” Wat lawak lah pulak suami aku nie.

“Okey.... abang dah faham. Sorry lah sebab tak sensitive. Tapi semalam waktu isya' kan Nasuha sembahyang???”soalnya dengan senyuman yang mampu mencairkan diri ana.

“Owhhh... waktu mandi tadi baru perasan. Abang, ana nak minta izin nak turun bawah dulu ya?”ujar ana sambil berlalu untuk turun ke bawah.

“Nasuha. Kalau abang panggil love boleh?” soal Firdaus dengan senyumannya yang masih seperti tadi.

“Kenapa nak panggil dengan nama tu???” Alamak... rasa lain lah pulak kalau orang panggil ana macam tu. Ujar ana dalam hati.

“Abang nak bagi beza sikit dengan orang lain. Barulah nampak mesra,” balas nyer dengan penuh harapan.

“Emmm... boleh kut. Tapi bila kita berdua jer. Kalau ada orang lain panggil nama biasalah,”ujar ana dengan senyuman. Ana semakin selesa dengan dirinya.

“Kalau macam tu Nasuha kena bahasa kan diri love juga lah dengan Abang. Mesra sikit bunyi nyer. Ehehehee...” comelnyer muka dia bila ketawa. Ahhh sudah. Pahal pulak ana nie. Dah suka kat dia ker pun???

Ana hanya tersenyum padanya sebagai tanda mengizinkan. Lalu terus membuka pintu bilik ana nie.

***

Seminggu sudah ana bergelar isteri kepada Tengku Firdaus Iskandar. Kehidupan ana semakin hari semakin berubah. Kalau dulu nak keluar ikut suka hati jer, tapi sekarang nie nak keluar bilik pun kena minta izin. Macam nie memang leceh tau. Mengenangkan jannah firdaus milik Allah ana jadi tak kisah dengan semua perubahan nie. Hehehe....

Dalam masa seminggu nie ana cuma dapat kenal dia sekejap jer. Yer lah dia kan bussinessman. Bussinessman nie kan memang sibuk jer memanjang. Ana pulak baru jer tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda. Memang lah boring duduk dekat rumah sorang-sorang. Umi dan Walid pulak dah berangkat ke Abu Dhabi tiga hari lepas sebab Walid perlu pantau projek mega syarikat kami di sana. Huhh... memang lah boring duduk rumah nie.

Sejenak ana masih meratapi rasa sedih nie leh pulak ada orang potong line. Dah tak jadi nak meratapi lebih-lebih. Hehehe... hobi ana dah sampai guys. Nie sapa lah yang telefon waktu-waktu macam nie.

“Assalamualaikum love. Love tengah buat apa tu??? hari nie masak apa?”soal si pemanggil telefon.

Masyaallah, macam mana ana boleh terlupa nak masak nie. Tu lah pasal, mengelamun lagi. Umi pun selalu marah ana sebab hobi yang terlampau extrem nie. Hahaha...

“Waalaikumsalam. Abang, sorry yer. Hari nie Nasuha..eh..love tak masak lah. Terleka sangat sampai waktu makan pun dah lupa. Abang kat mana tu?”soal ana sambil mengaru-garu kepala yang tidak gatal.

“Lah ya ker... Abang dah ada depan pintu pagar dah nie. Kalau macam tu love siap kita makan kat luar jer lah. Boleh?”soal Firdaus.

Ana apa lagi meloncat lah. Dalam meloncat boleh pulak tak sedar yang ana sebenarnya ada atas tangga pemisah ruang makan dengan ruang tamu. Apalagi gedebushh...jatuh macam nangka daa...

“Aduh... Ya Allah sakitnya,” Mak aii sakit betul punggung ana nie. Rasa sengal dia memang semacam. Aduh..Ya Allah tolong lah hambaMu ini.

“Love...kenapa tu??? Kenapa love tiba-tiba menjerit pulak nie?” soalnya dengan nada yang sangat risau.

Ana hanya dapat mendengar suaranya tapi tidak dapat membalas. Firdaus pula semakin risau apabila ana tidak membalas panggilannya.

Sejurus itu ana mendengar bunyi orang membuka pintu utama. Mak aii... bukak pintu macam nak roboh dah pintu tu. Kut yer pun risau janganlah sampai pintu pun dia rempuh jugak. Mamat nie kelam kabut betul lah.

“Love... macam mana boleh jatuh pulak nie??? Ya Allah lengan pun luka juga nie. Apa yang love tengah buat tadi sampai boleh terjatuh nie?”Masya Allah dia nie lah kan. Cuba tanya soalan tu jangan bagi semua serentak. Boleh pengsan aku macam nie tahu tak. Dah lah kepala memang pening.

“Love kan abang tengah tanya nie. Kenapa tak jawab?” Soalnya lagi setelah lama menunggu jawapan dari ana.

Macam mana ana nak jawab kalau dah kepala nie berpusing macam kipas helikopter jer. Amboi perumpamaan helikopter ana bedal. Hahaha... hentam sajalah labu. Umi tolong Nasuha. Menantu umi nie bukan nya nak tolong angkat tapi membebel pulak. Kalah umi kalau dia nie membebel tau...

Sebaik sahaja ana habis bermonolog dengan diri sendiri boleh pulak dia terus cempung badan ana yang bukannya ringan. Alamak malu lah pulak. Macam nie ana nak pengsan terus lagi bagus kut. Hehehe...

“Abang, nak pergi mana nie? Turunkan love lah. Tak selesa lah macam nie. Turunkan balik!!!” usul ana.

Mana tak nya dia selamba duk jer bawak ana naik kereta. Dah lah ana tak pakai tudung dan stoking. Ini memang mengundang dosa betul lah. Adoi... pengsan ana dapat laki yang kelam kabut macam nie.

“Love tunggu kat sini sekejap. Abang ambil tudung dan stoking love kejap.”katanya sambil membetulkan rambut ana yang agak serabut.

“Abang ambil dekat atas bangku meja makan dekat dapur yer. Nas..eh.. love letak kat situ tadi,” beritahu ana kepadanya.

Suami ana itu terus sahaja berlalu ke dalam rumah semula. Sementara itu ana kenalah cover rambut dengan surat khabar yang ada kat dalam kereta Firdaus. Nasib lah dia ingat lagi yang ana tak pakai tudung. Hehehe...

I AM GRUMPY.
09:41


♥ The Real Of Me ;



      Setiap insan mempunyai keunikan, hanya mereka yang melihat dari sudut indahnya keunikan itu mengenali diriku

      Maselyna Rahman

      19 years old

      Diploma in Islamic Early Childhood Education

      International Islamic College student's


♥ Thank you

♥ Past rawr-ing